SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Methodist telah ditubuhkan pada tahun 1898 dengan nama Anglo-Tamil School. Sekolah ini merupakan satu rumah kedai yang disewa dalam pekan. Pada tahun 1903, dengan usaha Encik Ganasagamani sekolah ini telah diperkemaskan dan diberi nama Anglo-Chinese School. Pada tahun 1904, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan Pejabat Daerah dengan jumlah pelajar seramai 50 orang dan kelas tuisyen telah diberikan sehingga darjah lima yang sama dengan tingkatan 1 sekarang.
Pada tahun 1913, Reverend Jesudason telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang sempurna di High Road (Jalan Atas) bagi menampung pelajar yang kian bertambah.
Bilangan guru pada masa itu ialah 5 orang.
Rev Samuel telah menambahkan bilangan kelas dan kemudiannya penggantinya Encik J A P Oswald telah menambak paya yang terdapat di sekitar sekolah untuk dijadikan padang sekolah.
Beliau juga telah memulakan sukan antara Rumah yang pertama dan aktiviti kokurikulum yang lain.
Pada tahun 1935, bilik darjah telah ditambah oleh Encik Looi Leng Yim untuk akomodani yang lebih selesa. Beliau merancang untuk mendirikan sebuah bangunan baru dan memulakan dana bangunan tetapi tidak dapat menyempurnakannya disebabkan oleh tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.
Rancangan tersebut gagal apabila Encik Looi telah dibunuh oleh Jepun.Pada tahun 1952, tingkatan dua dan tiga telah diwujudkan. Encik Lam Yet Seng menggantikan Encik Lim sebagai pengetua sekolah dengan jumlah pelajar seramai 900 orang dan staf seramai 40 orang.
Usaha Encik Lam untuk mewujudkan pelajaran menengah atas telah menjadi kenyataan apabila pada tahun 1957, sekolah mencapai lebih daripada 90% lulus dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (tingkatan 3). Pegawai Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah memberi kelulusan untuk memulakan tingkatan empat pada tahun 1958.
Pada tahun yang sama sekolah ini telah diasingkan sebagai Sekolah Rendah Methodist dan Sekolah Menengah Methodist di mana Cik Ann Harder, M A, menjadi pengetua pertama di Sekolah Menengah Methodist.Selepas peperangan, Encik Yeoh Kok Kee telah menyusun semula sekolah.
Pada masa itu, bangunan kosong tanpa pintu dan dinding. Walaubagaimanapun bangunan tersebut telah diubahsuai, pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dalam dua sesi.
Menjelang tahun 1948, keperluan untuk menambahkan bilik darjah telah menjadi kemestian disebabkan oleh peningkatan mendadak bilangan pelajar. Justeru itu, atas usaha Encik Lim Hock Yeong dengan kerjasama Gereja Methodist dan kerajaan, dua blok dengan enam bilik darjah telah didirikan di atas tanah yang dipajak oleh Penang Rubber Estate.
Bangunan lama telah dijual dan wang yang diperoleh telah digunakan untuk membina bangunan baru. Dalam usaha membina bangunan baru, 12 kelas baru telah didirikan.
Jumlah kos adalah RM120 000 di mana sumbangan daripada orang ramai adalah RM35 000, Gereja Methodist menyumbang RM25 000 dan selebihnya oleh kerajaan.
Jumlah pelajar pada ketika itu ialah 638 orang.
No comments:
Post a Comment